Kepakaran dalam bidang sains Leonardo_da_Vinci

Anatomi

Kejuruteraan

Makalah-makalah milik da Vinci mengandungi lakaran pelbagai ciptaan, tidak kiralah sama ada ia bisa berfungsi setelah dibina mahupun sebaliknya; ia merangkumi alat muzik, jentera mekanikal, pam hidraulik serta meriam wap.[1][2] Beliau turut minat akan aspek fizik di sebalik penerbangan melalui penghasilan banyak kajian terutamanya dalam Codice sul volo degli uccelli ("Kodeks perihal Penerbangan Burung" - Codex on the Flight of Birds, s. 1505) serta juga lakaran mesin tertentu seperti suatu mesin terbang yang mengepak sayap pesawat seakan burung (ornithopter) dan sejenis mesin dengan rotor berpilin.[3]